Kelas MS PowerPoint, Presentation Skills, e-Learning & Kempen KDB

22 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas MS PowerPoint, Presentation Skills, e-Learning dan Kempen KDB ini telah diadakan pada hari Ahad, 21 Oktober 2018. Dalam kelas ini, para peserta diajar cara membuat slaid pembentangan bertemakan Penceritaan Digital menggunakan MS PowerPoint. Antara topik-topik yang dipelajari adalah cara untuk memasukkan slaid baru, teks dan gambar yang dimuat turun di internet serta membuat jadual di dalam slaid. Mereka turut mempelajari penggunaan ribbon-ribbon MS PowerPoint seperti Design, Transitions dan Animations untuk membuat slaid pembentangan yang lebih menarik.

Selain itu, para peserta turut diajar teknik-teknik pembentangan yang berkesan menggunakan MS PowerPoint. Setelah para peserta menyiapkan slaid pembentangan mereka, mereka telah diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka.

Selepas sesi pembentangan tersebut, kelas diteruskan dengan sesi mengulangkaji matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains sekolah rendah secara atas talian melalui laman web www.quizizz.com. Melalui ulangkaji ini, para peserta diharap agar lebih berminat untuk menggunakan ICT untuk tujuan pelajaran dan pembelajaran.

Akhir sekali, tayangan video dan taklimat advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) berkaitan maklumat palsu diadakan bagi mendidik para peserta supaya sentiasa menyemak dahulu maklumat yang mereka perolehi dari internet sama ada ianya adalah benar atau palsu sebelum berkongsi atau menyebarkan maklumat tersebut.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 13 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.


 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali